Apa nak jadi??? Pelakon lelaki ni ditahan kali ketiga oleh Polis kerana Dadah..

Industri hiburan tanah air sekali lagi digemparkan dengan berita selebriti tempatan terlibat dadah.. Jika sebelum ini penyanyi Zamani Slam telah ditahan polis berkaitan hal dadah..

Kali ni giliran seorang pelakon lelaki pula ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah di sebuah hotel di ibu negara..

Tetapi pelakon lelaki ni lagi hebat dari selebriti lain yang terlibat dadah, sebabnya dia ni bukan pertama kali kena tahan polis, masuk kali ni dah tiga kali kena tahan sebab dadah..

Pelakon ni berusia 37 tahun, dia ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Shak pada jam 9.30 malam semalam..

Pelakon yang pernah popular sekitar tahun 90-an ni mempunyai sepucuk pistol angin tau! Dalam pistol tu ada peluru bebola besi..

Selebriti lain kadang-kadang tu setakat edar dan hisap dadah je.., tapi pelakon dia buat sendiri dadah beb! Sebab dia juga pernah ditahan kerana memiliki makmal pemprosesan dadah kat kediamannya di Kepong..

Kalau kes macam pelakon ni memang susah, kena tahan banyak kali dengan polis pun masih lagi tak insaf-insaf.. Nak juga teruskan dengan aktiviti yang tak berfaedah ni.. Agak-agak siap ye pelakon lelaki ni? Korang kenal? Miss A/UtaraNews.com 

ep2p-2