Apa Nak BUat Tiket Wayang Habis?

Apa Nak Buat Kalau Tiket Wayang Habis?

Apa Nak Buat Kalau Tiket Wayang Habis?

Pernah tak, waktu kamu dah teruja nak tonton satu-satu wayang terbabit. Tiba-tiba dah sampai kaunter, tiket dah habis? Jangan risau, tiada perkara didalam dunia ini tiada penyelesaiannya.

Artikel kali ini bukanlah dipersembahkan dalam bentuk point, tapi dalam bentuk karangan budak-budak sekolah. Dah sini cakap, sini habis tau.

Katalah tiket wayang habiskan. Apa kamu perlu buat adalah, kamu beli tiket wayang cerita lain yang waktu tayangannya sama dengan tiket yang kamu nak beli itu. Tapi untuk ini kamu perlu banyak buat research sikitlah. Buat-buatlah tanya orang kat situ kan, mereka nak tonton cerita apa. Andai kata, kamu sudah dapat tahu hall mana cerita wayang tersebut.

Dah jangan cakap banyak, teruskan masuk ke dalam hall tersebut. Tapi kena faham-faham lah, jangan duduk atas kerusi orang lain, malu pula nanti.

Kamu berdiri je kat belakang, dapat duduk atas tangga pun jadilah, janji tengok kan? Kahkahkah mungkin idea ini kurang bernas, tapi untuk buang rasa terkilan, sekurang-kurangnya dapatlah juga tengok. Alah, jangan risau, tak adanya orang nak check tiket macam korang naik bas, konsep wayang neh macam korang naik flight. Mereka check tiket dekat Boarder Pass je.

Selamat Maju Jaya.

ep2p-2