Anwar sedih dilarang sertai sidang Parlimen.

Menurut portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini, Jabatan Penjara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen yang bermula 9 Mac ini.

Menurut sumber, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menerima salinan surat dari jabatan penjara yang tidak membenarkan Anwar untuk menghadiri sidang ini.

Dalam surat tersebut, Jabatan Penjara menjelaskan, Anwar kini berada di bawah akta, peraturan dan prosedur penjara.

Seluruh ahli PKR pasti berasa sedih kerana ketua yang mereka harapkan selama ini tidak mendapat kebenaran untuk hadir ke sidang dewan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun setelah mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 lalu.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2