Anwar mahu cokelat dan buah mangga dihidangkan dalam penjara.. Kahkahkah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Rayuan Syariah bagi meneruskan prosiding berhubung menggugurkan peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang didakwa tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak menegakkan keadilan dalam kes qazaf tehadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sejurus selesai prosiding kes ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sempat berjumpa dengan isteri, anak serta cucunya sambil dijamu coklat dan mangga.

Sebaik menikmati makanan tersebut, terpacar wajah kegembiraan Anwar menikmati makanan berikut dan beliau sempat mengatakan makanan tidak dapat diperolehi di dalam penjara.

“Dalam penjara tidak ada makanan,” kata Anwar sambil tertawa senyum.

Diharapkan selepas ini pihak jabatan penjara dapat menyediakan coklat seperti “DAIM” dan “Ferrero Roche” serta buah mangga harum manis dihidangkan kepada Anwar bagi menaikkan kembali berat badannya yang dilaporkan semakin susut sejak dihumban ke penjara. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small