Amir Raja Lawak Mahu Jadi Suami Terbaik Kepada Isteri

Pelawak Amir Raja Lawak berjanji akan menjadi suami terbaik buat isterinya Nur Intan Syafinaz Shaari atau Intan yang baru dinikahinya Sabtu lalu di kediaman Nur Intan di Kampung Gajah, Sungai Buloh. Melihat gelagat Amir Raja Lawak tentu ramai yang tersenyum, walaupun seorang pelawak Amir merupakan seorang yang romantis kerana mahu membahagiakan wanita yang dicintainya itu.

Amir Raja Lawak turut berkata dirinya merupakan insan bertuah kerana dapat memperisterikan Intan dan berhubung lokasi bulan madu dirinya tidak merancang untuk berbulan madu di luar negara kerana jadual kerja masing-masing.

Menarik :- 6 Gambar Majlis Pernikahan Amir Raja Lawak Dan Pasangan

Amir Raja Lawak

“Intan seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Tidak pernah sekalipun dia merungut sekiranya saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga ‘lupa’ pada dia,”

“Saya dan isteri bulan madu dalam negara sahaja. Esok kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang dan seterusnya ke Gold Coast, Sepang.

“Tidak mengapalah berbulan madu dalam negara pun, asalkan kami dapat meluangkan masa bersama dengan sebaik-baiknya,”

Amir Raja Lawak2

Menurut isteri Amir Raja Lawak, Intan :-

“Mungkin ramai orang bila melihat Amir mereka tak percaya yang dia ni sebenarnya romantik. Dia lelaki yang lucu dan comel.

“Pernah sekali saya merajuk, Amir datang dengan sejambak bunga ros. Itu kali pertama saya menerima bunga daripada seorang lelaki dan ia meninggalkan kesan dihati saya.

“Ada beberapa kali juga Amir melakukan perkara di luar duga saya yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,”

Alahai, syoknya kahwin. Ramai selebriti yang bujang telah mendirikan rumahtangga kejap lagi pasti mendengar berita kehamilan pula. Opsss!

4 total views, 4 views today

ep2p-2