Aksi lucu pengadil kena Kad Kuning oleh pemain..

Kalau sebelum ni gambar Syafiq Rahim dengan Kunalan jadi viral sebab cara dorang nak pulangkan kad kuning yang kerap dijatuhkan oleh pengadil… Nampak macam dorang pulak yang layangkan kad kuning pada pengadil.

Kali ini gambar Hadi pulak yang jadi viral. Tapi kali ni Hadi memang betul-betul layangkan kad kuning pada pengadil. Bukan apa, sebab dia geram sangat kat pengadil dalam pergaduhan antara pemain PDRM dengan Selangor.

Haha ! Lawak betul la Hadi Yahya ni, mungkin sebab dah tak boleh control dah kot emosi dia. Yela pengadil pulak tak dapat nak kawalan keadaan masa tu, terus dapat kad kuning dari pemain sendiri.

Selalunya kita tengok keadaan macam ni dalam berlaku dekat luar negara ja, di Malaysia ni memang jarang la nak jadi macam ni. Sekali ni boleh pulak dorang buat perangai lawak macam ni. Terus jadi bahan dekat laman sosial.

Ala sebelum-sebelum  ni kalau jadi apa-apa pun, memang pemain dengan peminat mesti punya ada rasa tak puas hati dekat pengadil. Kadang tu memang salah dorang pun tapi last-last pengadil jugak yang salah haha !-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2