Adakah ini BARUA dalam PAS yang dimaksudkan oleh Nik Abduh?

Bila Nik Abduh kata ada barua-barua dalam PAS yang lebih utamakan Pakatan Rakyat berbanding dalam parti sendiri, ramai pulak yang meroyan macam orang kena simbah air panas..

Salah satunya diantara pemimpin PAS yang meroyan adalah Hanipa Maidin.. Yang peliknya.., kenapa pulak si mamak ni nak meroyan bila anak arwah Nik Aziz cakap macam tu? Yang dia terlebih perasan tu kenapa?

Adakah Hanipa Maidin ni merupakan diantara barua-barua yang dimaksudkan oleh Nik Abduh? Ataupun Hanipa ada kenal mana-mana barua yang jadi talibarut Pakatan Rakyat didalam PAS tu?

Kalau Hanipa bukan diantara barua-barua yang dimaksudkan.., ataupun Hanipa tak tahu siapa yang dikatakan oleh Nik Abduh.., eloklah Hanipa diam saja dari meroyan tak tentu pasal.. Tak perlu rasanya Hanipa nak persoalkan kenapa Nik Abduh cakap macam tu..

Nik Abduh bukannya bodoh.. Dia belajar politik dari arwah bapanya yang sangat berpengaruh didalam PAS.. Dan Nik Abduh dikenali sebagai orang yang ‘sangat taat’ pada perlembagaan parti.. Sebab itulah Nik Abduh tak puas hati bila ada ahli PAS yang sanggup membelakangkan PAS demi kepentingan sendiri..

Jadi tak salah rasanya kalau Nik Abduh luahkan rasa kecewa bila dia tahu ada unsur-unsur perpecahan dalam PAS khususnya kewujudan pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Presiden parti demi kepentingan Pakatan Rakyat.

Hanya pemimpin PAS yang terlibat dalam kumpulan barua-barua seperti kata Nik Abduh saja yang akan meroyan dengan kenyataan anak Mursyidul Am PAS ini. Hari ini Hanipa Maidin.., kita tunggu siapa lagi yang bakal meroyan dan terasa “pedasnya”.. – Utaranews.com

ep2p-5small