5 Sebab Kami Suka Sofi Jikan

Ada siapa-siapa yang tidak kenal Sofi Jikan? Baik, kalau tak kenal, adakah anda kenal Sofi Body Fit? Eh Sudahlah. Baca sini alasan kami suka Sofi Jikan.

1) Pelakon 

Lakonan Sofi Jikan

Sofi Jikan sering membawa watak-watak gangster dalam cerita-cerita Melayu. Ternyata lakonannya begitu berkesan mungkin kerana gayanya yang bersahaja dan kalau tengok muka dia pun memang sesuai dengan watak begitu. Khabarnya, Sofi Jikan seperti kurang berlakon kerana asyik ditawarkan watak-watak Gangster. Alahai, tak kanlah nak watak mamat jambu pula macam Winter Sonata tu? Hahaha

2) Ada Iras-Iras Zamani

Sofi Jikan Zamani

Cuba lihat wajah Sofi Jikan dan Zamani? Ada iras-iras tak? Penulis sendiri tak faham mengapa penulis perlu menyukai Sofi Jikan  sebab muka dia macam Zamani, sedangkan Penulis sendiri tidak minat sangat Zamani pun, alahai.

3) Pandai Buat Aksi Naruto Shipuden

Sofi Jikan NarutoSofi Shipuden

 

Aksi Naruto yang bagaimana? Ah sudah tentulah aksi Naruto yang mengepit jari seperti diatas.

4) Faham Tentang GST

GST

Cuba kira ada berapa kali iklan GST yang ada muka Sofi Jikan dalam satu hari? Mesti banyak kan? Cuba kalau anda diterangkan pasal GST dua tiga kali. Agak-agak boleh faham tak? Jadi begitu juga Sofi Jikan, jika sudah keluar masuk TV banyak kali satu hari berhari-hari sampai 1 April nanti, sudah tentulah kefahamannya tentang GST lebih tinggi dari Perdana Menteri Kita Dato’ Seri Najib Razak. Jadi, siapa-siapa yang tidak faham pasal GST bolehlah berjumpa dengan Sofi Jikan.

5) Nama macam nama orang Jepun

Miyabi

Kahkahkahkah sebenranya, kalau nak ikutkan, tak ada sebab pun nak tulis pasal Sofi Jikan ini, tapi disebabkan malam tadi ibu penulis bertanya tentang siapa dia Sofi Jikan? Jadi penulis dan adik terangkan lah bahawasanya Sofi Jikan adalah pelakon Malaysia. Terkejut ibu penulis, ingatkan Sofi Jikan itu gadis-gadis Jepun ayu ala-ala gwiyomi gitu huhuhuhuhu.

ep2p-2