(5 Gambar) Gambar Treler bernilai RM3.6juta Milik Brad Pitt

 

2

ANAK Jolie-Pitt (dari kiri) Vivienne, 6, Shiloh, 8, Knox, 6, Zahara, 10, Pax, 11 dan Maddox 13.

Brad Pitt memiliki keluarga besar. Kerana itu, mempunyai tempat untuk keenam-enam anaknya apabila mereka mengunjunginya di lokasi penggambaran adalah satu kemestian.

Treler mewah, lengkap dengan ruang tamu besar untuk anaknya menonton televisyen, dapur cukup besar untuk menyediakan makanan keluarga dan kamar tidur utama untuk pelakon itu berehat atau tidur, adalah paling sesuai.

2

TRELER sepanjang 15 meter mempunyai empat bahagian boleh diasingkan, menjadikannya bukan saja panjang tetapi luas.

Memetik laporan dari portal MyMetro, Treler sepanjang 15 meter itu dipaparkan dalam laman web Celebrity Motor Homes baru-baru ini dan ia terserlah kerana saiznya yang besar.

Dengan empat bahagian yang boleh dipisahkan bermakna treler berharga sejuta dolar itu bukan setakat panjang tetapi juga luas, menghasilkan ruang yang akan membuat pelakon terkenal itu tidak akan berasa sempit.

Dapur berkualiti chef terserlah apabila pintu depan dibuka. Ia dilengkapi peti sejuk besar, tempat memasak lengkap, tempat membasuh dan mengejutkan, ruang kaunter yang luas.

2

HARGA dapur saja RM216,000 dengan peti sejuk dipasang siap, tempat mencuci pinggan, dapur dan ruang luas.

 

2

Kos dapur itu saja mencecah AS$60,000 (RM216,000). Ini menunjukkan kelengkapannya memang yang terbaik.

Bersebelahan dapur ialah ruang tamu yang lengkap dengan meja makan, skrin televisyen yang luas dan sofa kulit sepanjang tiga meter, cukup untuk memuatkan seluruh anggota keluarga itu.

2

Berjalan menerusi gelongsor ialah kamar tidur utama dengan katil bersaiz queen serta meja tempat dia merapikan dirinya setiap hari.

Bilik mandi dalam kamar itu juga luas, muat untuk dua orang.

Pitt dan Angelina bercinta ketika mereka menjalani penggambaran filem Mr and Mrs Smith pada 2005, hingga memaksa Pitt menceraikan isterinya, Jennifer Aniston.

Sebelum berpacaran, Angelina sudahpun mempunyai anak angkat-Maddox dan Pax. Pada tahun Pitt berpisah dengan Jennifer, Pitt menemani Angelina untik ke Habsyah, dia mengambil Zahara.

Walaupun sudah ada gambar tersebar menunjukkan mereka berdua pada tahun pertama pasangan itu berpacaran, Angelina hanya mengaku secara terbuka pada Januari 2006 mengenai hubungan mereka apabila berkata, dia hamil anak Pitt, Shiloh.

Anak bongsu pasangan itu, Knox dan Vivienne dilahirkan di Nice, Perancis pada Julai 2008.

Dan baru beberapa bulan lalu, pasangan itu akhirnya berkahwin secara rasmi, selepas hampir 10 tahun berpacaran.

ep2p-5small