45 Ahli Umno di Balik Pulau masuk PKR?

Dilaporkan, seramai 45 orang telah menyerahkan borang keahlian untuk sertai PKR Cabang Balik Pulau semalam. Salah seorang daripada 45 orang tersebut juga merupakan seorang bekas timbalan umno cawangan sungai batu.

Mengapa perlu seorang bekas timbalan umno cawangan ini menyertai PKR?? Adakah beliau juga ada menerima tawaran yang lebih menarik daripada PKR?? Mungkin beliau ditawarkan untuk memburukkan imej Umno.

Borang keahlian 45 orang ini telah diserahkan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Tidakkah mereka tahu bahawa PKR juga merupakan rakan sekutu DAP?? Mengapa mereka masih sanggup untuk menyertai parti PKR ini??

Adakah rakyat di Pulau Pinang masih ‘buta’ tentang pentadbiran kerajaan negeri DAP yang jelas kelihatan rasist dan berat sebelah?? Adakah rakyat ini masih sanggup melihat orang Melayu di negeri ini terus diusir??

Rakyat di Pulau Pinang diharap supaya membuka mata dengan apa yang telah menimpa diri sejak pentadbiran DAP ini. Jangan terus dihanyut dengan janji-janji manis PKR dan DAP yang mahu melaksanakan agenda mereka dengan memperjudikan nasib rakyat di negeri ini.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small