200 ribu hamba seks desak pemimpin Jepun mohon maaf..

Apa sudah jadi nih? Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye mengulangi gesaannya supaya para pemimpin Jepun mengemukakan permohonan maaf kepada wanita yang pernah dijadikan hamba seks oleh tenteranya.Bukan sekali dua yerr, ni dah kali keberapa .. Siap ulang lagi.

Masa buat dulu-dulu tak nak fikir plak. Menurut sejarah, kira-kira 200,000 wanita dari Korea Selatan, China, Indonesia serta beberapa negara Asia lain dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Isk-isk.. Gara-gara kejadian itu, hubungan diplomatic kedua-dua negara ini seolah-olah bagai anjing dan kucing.. Renggang kot.. Ye la, sorang suruh mintak maaf, sorang lagi pertahankan tindakannya.. Macam-macam!!!

Ewah-ewah, korang tahu tak ada kempen di Jepun yang mendakwa kesemua wanita terbabit adalah pelacur biasa. Dah guna pakai sedap-sedap semua, label plak macam tuh.. Melampau kot..

Harap-harap la pihak Jempun mintak maaf.. Tak salah kan kalau berbaik sesama sendiri.. Bergaduh lama-lama merugikan hidup. Tak gitu?~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-2