10 Perkara Mistik Ini Akan Berlaku Jika Kamu Enggan Bayar Hutang PTPTN

Kenapa enggan bayar hutang PTPTN? Tak baiklah, sepatutnya kamu bayar hutang kamu, tambahan lagi hutang itu melibatkan ilmu yang kamu perolehi. Tahukah kamu perkara mistik dan seram apa yang akan berlaku jika kamu enggan bayar hutang PTPTN?

1. Ketika hendak duduk dalam pengangkutan awam, kamu akan dapati semua bangku merapat seperti  ini, seolah-olah tidak mengizinkan kamu untuk duduk. Ah sudah!
gagal-10

 

2. Ketika hendak menaiki lif untuk ke pejabat, kamu akan dikelirukan dengan tanda seperti ini. Terpaksa pula kamu tengok butang-butang dalam lif betul-betul. Ah apa ni?
gagal-11

 

3. Setibanya di pejabat, kamu pun ke tandas. Tetapi pintu tandas yang kamu jumpa, nak keluar salah, nak masuk lagi lah tak betul. Ah benci!
gagal-8

 

4. Selesai urusan di tandas, kamu nak keringkan tangan. Tetapi kamu tak tahu, nak gunakan mesin pengering atas ke bawah, kamu tak tahu yang mana berfungsi yang mana tak. Ah pening!
gagal-9

 

5. Kamu lihat jam. Ah sudah, jam pula tersorok di sebalik tiang. Ah menyampah!

gagal-2

 

6. Kamu pun ambil keputusan bersiar-siar di kompleks beli-belah untuk lepas tension..maklumlah, kamu kini penjawat awam. Tetapi bila naik eskalator, eskalator pula menghala ke dinding, dan kamu terlanggar dinding itu. Ah sakit!

gagal-3

 

7. ‘Oklah, fine. Nak pergi makan sedap-sedaplah, nak tenangkan diri,’ kata kamu dalam hati. Tetapi duit tak cukup. Nak pergi keluarkan duit, mesin ATM pula terlalu tinggi. Ah macam-macam!

gagal-6

 

8. Pergi ke mesin ATM lain, mesin itu terlalu rendah pula. Sampai kamu harus melutut untuk keluarkan duit. Ah hampeh!
gagal-5

 

9. Balik rumah, kamu terasa panas. Rupa-rupanya baru perasan, nak pergi balkoni tapi takde pintu. Ah geram!

gagal-4

 

10. Kamu pun nak guna kipas. Tapi…. ah!!!

gagal-1

 

 

Bagaimana? Masih enggankah kamu membayar hutang PTPTN setelah membaca perkara mistik yang bakal berlaku jika kamu berdegil ini?

ep2p-2