Zul Ariffin makin popular,jawab tuduhan sombong

Zul Ariffin makin popular,jawab tuduhan sombong

Zul Ariffinmengakui perlu lebih selektif dalam memilih sebarang tawaran yang diberikan kepadanya.

Kata Zul Ariffin, dia bukannya bersikap sombong atau enggan bekerjasama dengan sesetengah pihak seperti mana yang dakwaan mengenai dirinya sebelum ini.

Sebaliknya, dia perlu memberi keutamaan kepada tawaran yang benar-benar penting sahaja.

“Saya menguruskan karier sendiri tanpa bantuan pengurus dan setiap hari pelbagai kerja datang kepada saya termasuklah berlakon, menjadi model dan menghadiri majlis-majlis lain.

“Adakala saya terpaksa menolaknya kerana tidak kena dengan kerja saya. Malah saya juga lebih selesa berdiam diri dan mengambil keputusan untuk tidak membalas sebarang permintaan yang diberikan,” katanya.

Zul Ariffin

Jelas pelakon yang popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini, ia termasuklah permintaan untuk dia tampil dalam sebuah majlis perasmian kasut tinggi wanita.

“Bagi saya majlis berkenaan tiada kena mengena dengan saya, dan adalah lebih baik untuk saya tidak menghadirinya sebaliknya memberikan fokus kepada kerja yang lebih bermanfaat,” katanya.

Zul Arifin Semakin popular

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, populariti yang diraih kerana Rindu Awak 200% dan Istikharah Cinta meletakkan dirinya lebih dikenali kini.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun, akhirnya saya berada di sini. Tetapi ia bukan bererti saya sudah berpuas hati, malah lebih banyak perkara yang saya ingin buktikan dalam bidang ini,” katanya.

Dek penangan dua drama tersebut juga, Zul mengakui, dia terpaksa berhadapan dengan kerenah peminat yang pelbagai.

“Bayangkan mereka sanggup datang ke lokasi penggambaran untuk melihat saya berlakon. Walaupun terharu dengan penerimaan tersebut tetapi tidak perlu untuk datang melihat saya setiap hari.

“Bukan rimas, cukuplah sekadar memberikan sokongan dari jauh,” katanya yang turut dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini.

ep2p-2