Zairil Khir Johari anggap Menteri Pendidikan Malaysia sebagai “bodoh”..

DAP dengan sombongnya menempelak Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh agar berhenti memperbodohkan diri dan rakyat dengan terus mendakwa kononnya sistem pengajian tinggi Malaysia adalah bertaraf dunia.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, kenyataan terbaru Idris yang merujuk kepada laporan Unesco 2014 bertajuk ‘Higher Education in Asia: Expanding Out, Expanding Up’ baru-baru ini langsung tidak membuktikan apa-apa.

“Dengan melaungkan beberapa kejayaan yang dipilih dan mengabaikan kelemahan asas sistem pendidikan secara keseluruhan, Idris berkemungkinan memperbodohkan dirinya sendiri dan lebih teruk lagi mahu mengheret rakyat bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, laporan Unesco jelas menyatakan bahawa kehadiran ramai pelajar asing ke Malaysia adalah atas faktor budaya, kos, nilai untuk wang, bahasa pengantar serta tahap kehidupan dan ia langsung tidak menguatkan dakwaan bahawa pendidikan negara bermutu tinggi.

“Memang laporan Unesco menyebut negara kita adalah destinasi popular pendidikan tinggi namun ia juga mendedahkan bahawa populariti itu hanya berdasarkan faktor-faktor praktikal seperti kemampuan dan keselesaan.

“Macam mana faktor ini boleh memberi makna pendidikan kita bertaraf dunia?” soalnya.

Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP menyatakan kehadiran ramai pelajar asing di Malaysia memang boleh dianggap satu pencapaian.

Tapi katanya, ia hanya pencapaian dari sudut strategi pemasaran kerana jumlah kuantiti bukanlah kayu ukur kepada kualiti.

“Kehadiran ramai pelajar asing adalah lebih kepada pencapaian bagi fungsi strategi pemasaran yang berjaya meneroka pasaran baru dan bukannya fungsi mutu sistem pengajian tinggi.

“Sekali lagi, kuantiti tidak sama dengan kualiti,” ujarnya.

ep2p-2