YPPM Bakal Tubuhkan Koperasi Untuk Sekolah Pondok…

Bertepatan dengan matlamat penubuhannya, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) kini bakal melangkah setapak lagi usaha menaik tarafkan pembangunan Sekolah Pondok Malaysia..kali ini, dengar khabarnya Yayasan ini bakal menubuhkan sebuah koperasi untuk semua pondok di Malaysia…

Bila disebut Koperasi sudah tentu matlamatnya mahu memberi keuntungan kepada ahli..Setakat ini, perbincangan telah mencapai kata sepakat untuk ditubuhkan..Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM baru-baru ini semua ahli mesyuarat telah sepakat untuk meneroka peluang baru penubuhan koperasi..Lembaga Pengarah sekarang ini sedang laksanakan kajian tentang cadangan ini dan mendapatkan pendapat semua pihak untuk direalisasikan…

Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim berpendapat “Matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi. Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen”

Memang amat baik sekali cadangan ini, barulah ianya memenuhi indikator Sekolah Pondok yang mementingkan berdikari dalam pembangunan sekolah Pondok..sebelum koperasi ini dilaksanakan, terlebih dahulu YPPM perlu mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu. Seterusnya, menghasilkan satu data lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan..

Jika semuanya berjalan lancar, ia akan memudahkan kerajaan menyalurkan dana RM 25 juta kepada sekolah-sekolah pondok sepertimana yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri yang juga Penaung YPPM sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu…

ep2p-2