Xiaomi Malaysia Kini Menawarkan Mi Power Bank Ternipis – Dijual Pada Harga RM34

Xiaomi yang telah meningkatkan harga aksesori mereka yang popular, iaitu Mi Power Bank pada bulan Januari lalu kini telah menambah penawaran aksesori tersebut dengan variasi ternipis. Variasi terbaru Mi Power Bank mereka dengan kapasiti pengecasan sebanyak 5000 mAh telah dipaparkan di halaman rasmi mereka, dan dijual pada harga RM34.

mi power bank slim

Powerbank terbaru dari Xiaomi ini dilihat agak tipis, dengan ketebalan 9.9mm dan seberat 156 gram. Ia boleh dikatakan senipis kebanyakan telefon pintar masa kini, atau sekitar ketebalan palam USB. Dengan kapasiti pengecasan sebanyak 5000 mAh, pengguna boleh mengecas peranti mereka untuk sekali-dua pengecasan. Ia juga mempunyai nilai arus output 2100mA(TYP). Model yang nipis ini telah menggantikan model lama mereka yang mempunyai kapasiti hampir serupa, iaitu model 5200 mAh yang dijual pada harga RM 25.

Mungkin kapasiti pengecasan tersebut sedikit namun bagi anda yang inginkan powerbank yang ringan, tipis dan mudah disimpan tanpa mengambil ruang, maka power bank ini semestinya memenuhi kriteria tersebut. Buat masa ini ia masih tidak boleh dibeli melalui laman web rasmi mereka namun memandangkan mereka telah memaparkannya pada laman web, mungkin ia akan mula dijual dalam masa terdekat.

 

ep2p-2