Xiaomi Hadir Dengan Teaser Produk Baru – Kamera Aksi Sekecil Kotak Mancis Pada 2 Mac?

Xiaomi telah memperkenalkan sejumlah produk dibawah kategori berbeza, tetapi berhubung dengan ekosistem mereka sebelum ini. Kini, mereka turut hadir dengan sebuah teaser baru, memperlihatkan seperti mereka akan memperkenalkan sebuah kamera-aksi baru.

Xiaomi Camera

Melalui gambar teaser yang dikeluarkan, Xiaomi mengatakan ia akan sekecil kotak mancis, dan seringan yang mungkin. Mereka turut memberikan petanda untuk mereka yang ingin bercuti, bersukan ataupun mempunyai haiwan – memudahkan mereka merakamkan detik-detik menarik menggunakannya.

Xiaomi menjadualkan untuk memperkenalkan produk baru mereka ini secara rasmi pada 2 Mac kelak.



ep2p-5small