Whatsapp dedah Hadi Awang akan buat Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Walaupun Setiausaha Agung Pas iaitu Mustafa Ali menafikan ada cubaan untuk menggulingkan Presiden Pas Hj Hadi Awang, kumpulan Pro Ulamak didalam Pas telah mendedahkan 2 keping printscreen dari aplikasi Whatsapp sebagai bukti dakwaan mereka.

Didalam printscreen berkenaan juga menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim sebenarnya dipecat oleh bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi di negeri berkenaan.

Yang lebih mengejutkan, ia juga mendedahkan tentang persetujuan Hj Hadi selaku Presiden Pas untuk bergabung dengan Umno melalui Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, usaha demi penyatuan melayu oleh Hj Hadi tersebut dibantah keras oleh kumpulan liberal didalam Pas yang sedia maklum menyokong Anwar.

Maka tidak hairanlah jika rakyat melihat Hj Hadi kini lebih ‘lembut’ terhadap Umno dan semakin ‘keras’ terhadap DAP didalam Pakatan Rakyat. Rupanya Hj Hadi sudah nampak jelas usaha untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. – Utaranews.com

ep2p-5small