VIDEO:KUMPULAN LELAKI UGUT BOM MAKHAMAH MALAYSIA TERSEBAR

Kuala Lumpur – Sebuah video berdurasi 1:01 minit oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.

Di dalam rakaman tersebut mereka turut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.

“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.