VIDEO: Rompakan Kedai Emas Di Giant, Banting

VIDEO kejadian rompakan melibatkan kedai emas di Pasaraya Giant, Banting, Selangor kini menjadi sensasi Internet apabila ia mula tersebar luas di laman Youtube.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1:17 minit itu, rompakan didalangi tiga individu bersenjatakan tukul dan pistol.

Suspek telah melepaskan dua das tembakan amaran ke udara dipercayai bagi menakut-nakutkan pekerja kedai emas serta orang ramai ketika rompakan dibuat.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya memecahkan cermin pameran barangan kemas sebelum melarikan diri dengan cincin, gelang, rantai dan subang yang belum dapat dipastikan nilainya.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari pada Ahad.
Bagaimanapun, tiada sebarang tebusan ataupun orang awam yang tercedera.

Identiti suspek yang kesemuanya memakai topeng penutup muka tidak dapat dikenalpasti.

ep2p-5small