VIDEO Messi cipta rekod, ledak hatrik ke-31

Barcelona's Argentinian forward Lionel Messi (up) is congratulated BARCELONA – Lionel Messi mele­dak hatrik buat kali ke-31 pada penampilan ke-300 dalam saingan bola sepak Liga Sepanyol untuk membantu Barcelona membelasah Levante 5-0 semalam, sekali gus merapatkan jurang kepada satu mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Nasib penyandang juara, Atletico Madrid bagaimanapun tidak begitu baik apabila kekal ditinggalkan tujuh mata oleh Real selepas mengalami kekalahan terbaharu 2-0 kepada Celta Vigo.

Barcelona kini mencatat 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dan tidak pernah berada dalam situasi bahaya biarpun jurulatih, Luis Enrique melakukan lapan pertukaran daripada skuad yang menumpaskan Villarreal pada aksi Copa del, minggu lalu.

Messi membantu Neymar menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-17, sebelum dia sendiri membedil gawang lawan, sekali gus membolehkan penyerang Argentina itu mencatat rekod sepanjang zaman dengan 269 jaringan dalam saingan La Liga.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Tiga gol yang disempurnakan Messi ialah pada minit ke-38, ke-59 dan sepakan penalti, minit ke-65.

Namun, di sebalik rekod me­ngagumkan yang dilakar bintang antarabangsa Argentina itu, Luis Suarez mencuri tumpuan apabila menyempurnakan jaringan memukau menerusi aksi lipatan gunting untuk gol kelima Barcelona pada minit ke-73.

“Rekod sudah tentu memberi petanda positif, tetapi semua itu tidak menarik perhatian saya.
“Pemain kami tidak terlalu ghairah dengan rekod kerana mereka sedar betapa sukarnya untuk memenangi gelaran.

“Jika penyokong gembira, baguslah. Namun, apa yang perlu diberi keutamaan adalah bukan berapa banyak rekod berjaya dicipta tetapi menutup musim dengan trofi,” ujar jurulatih Barcelona, Luis Enrique.

Perubahan besar yang dilakukan Enrique telah menyebabkan rentak permainan Barcelona pada awal aksi sedikit pincang, namun tuah kelab Catalan itu mula menjelma apabila Neymar meledakkan gol pada minit ke-17, hasil gerakan yang dirancang Messi. – AGENSI

// <![CDATA[
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
// ]]>

ep2p-2