Video Gol Sepakan Gunting Safee Sali [JDT 4-1 East Bengal]

Gol Sepakan Gunting Bicycle kick safee sali

Gol sepakan gunting “bicycle kick” Safee Sali paling memukau

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Piala AFC dengan nota ceria selepas membelasah East Bengal 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Dua gol pada setiap babak permainan memberi anak didik Bojan Hodak satu permulaan positif dalam kejohanan peringkat benua dengan mengutip tiga mata pertama dalam saingan yang jelas menjadi dominasi skuad Harimau Selatan.

Tuan rumah bermula agresif dan berjaya mendahului seawal minit ke-9 apabila Nazrin menjaringkan gol cantik hasil sepakan percuma.

Namun, pelawat kembali dalam saingan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi Ranti Martins juga daripada usaha sama sebelum Shafiq Rahim membantu JDT mendahului semula 2-1 pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.

Selepas rehat, JDT hanya menunggu dua minit untuk melebarkan penguasaan dengan gol ketiga yang memerangkap benteng East Bengal hasil tolakan mudah S Chanturu.

Safee Sali mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-54 hasil satu sepakan gunting yang cantik di sebelah kanan pintu gol lawan.

Video Gol Sepakan Gunting ‘bicycle kick’ Safee Sali m-53


Video Johor Darul Takzim FC 4-1 East Bengal | Piala AFC Cup 2015

ep2p-5small