Video, Gambar Pertama Fathia Dan Aiman Setelah Kembali Bercinta

Kalau sebelum ini gosip tentang “Fathia Latiff Akui Hubungan Cinta Berakhir” telah mengundang pelbagai kontroversi dan andaian daripada peminat, tapi kini hubungan cinta antara Fathia dan Aiman kembali bertaut.

“Fathia Kini Berbaik Semula Dengan Aiman Hakim Redza” sememangnya menutup segala andaian “Putus Cinta Bukan Kerana Orang Ketiga – Fathia” yang tersebar sebelum ini.

Rasanya masing-masing memang tidak dapat untuk teruskan dengan hubungan sekadar kawan kan? Yelaa dah dekat 2 tahun bercinta, bukan suatu perkara yang mudah untuk dilupakan. Tambah-tambah kalau tengok gambar pertama mereka berdua yang dimuat naik oleh Fathia di laman Instagram menunjukkan cinta antara mereka masih lagi mekar. Waahh gitu!

 

Aiman Hakim pun boleh tahan juga, cuba korang tengok video kat bawah ni yang dimuat naik di laman Instagramnya. Baca kapsyen ditulisnya pun boleh tahu mereka berdua saling mencintai.

“What im thinkin of right now ….. @fatiyalatiff”

Baguslah kalau masing-masing punyai cinta. Kami harap hubungan mereka akan berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Apa lagi, cepat-cepatlah kahwin, ye dak? Ops!

112 total views, 112 views today

ep2p-2