Video Azizulhasni raih gangsa Final Keirin Dunia UCI 2015

Azizulhasni Final Keirin Dunia UCI 2015

Final Keirin Kejohanan Trek Dunia UCI 2015

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa di Kejohanan Trek Dunia UCI 2015 di Saint Quentin En Yvelines, Perancis, awal pagi tadi.

Hadir ke Paris selaku juara Asia, Azizul yang lebih dikenali ‘Pocket Rocket Man’ atau Jijoe menampilkan aksi bertenaga untuk mara final bersaing bersama jaguh handalan dunia.

Sekalipun menampilkan henjutan bertenaga, Azizul begitupun gagal menghalang jaguh tuah rumah, François Pervis untuk mengekalkan kejuaraannya manakala pelumba New Zealand, Eddie Dawkins memenangi perak.

Kejayaan terbaik Azizul di Kejohanan Dunia sebelum ini ialah pingat perak yang dimenanginya pada 2009 dalam acara pecut dan pingat perak dalam acara keirin pada 2010.

Selain Azizul, seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam acara sama, Josiah Ng dan ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa.

Josiah begitupun gagal menempatkan diri di final.

Kejuaraan Dunia kali ini menjadi penampilan terakhir buat Josiah yang sebelum ini mengakui ia akan menjadi penamat kariernya.

Video Final Keirin Kejohanan Trek Dunia UCI 2015


2015 UCI Track Cycling World Championships | St Quentin-en-Yvelines, France

ep2p-5small