Tun Mahathir jadi idola jutaan rakyat Mesir..

Bekas Pengarah UMcedel, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menegaskan penduduk di Mesir amat mengagumi kepimpinan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau dijadikan teladan kepada pemimpin di negara berkenaan.

Kenyataan tersebit dilakukan oleh Mohammad Redzuan ketika berucap dalam satu program syarahan bertajuk ‘Merentasi Sempadan Yang Melewati Zaman : Timur Tengah, Islam dan Masyarakat Melayu’ di Universiti Malaya (UM) semalam.

Mohamad Redzuan berkata, perkara tersebut berlaku pada tahun 2004 dimana rakyat di Mesir menjadikan Tun Mahathir sebagai contoh dalam kempen pilihan raya ketika Husni Mobarak menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.

“Cuba tuan-tuan bayangkan Tun Mahathir Mohammad menjadi bahan kempen di Kaherah, (Mesir),” demikian petikan syarahan perdana bekas Pengarah UMcedel, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berjudul ‘Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Timur Tengah, Islam dan Masyarakat Melayu’.

“Ini menunjukkan betapa beliau  dianggap menjadi satu contoh yang terbaik (positif),” katanya dalam ucapan semalam.

Menurut beliau, cara kepimpinan Tun Mahathir yang berjaya membawa nama Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain telah membuka mata mereka terhadap keupayaan belaiu sepanjang mentadbir kerajaan selama 22 tahun.

Beliau berkata, sekiranya Tun Mahathir diberi peluang untuk bertanding di dalam pilihan raya negara berkenaan tidak mustahil bekas Presiden UMNO itu akan diangkat menjadi pemimpin di sana.

“… di samping penerimaan ribuan tenaga mahir orang kita di sektor kewangan dan kejuruteraan di pasaran Timur Tengah… kerana mereka menganggap tahap profesional kita setanding barat.

“Sebab itulah saya pernah bergurau dengan Datuk Mansor pada ketika itu Dr Mahathir kalah bertanding untuk bahagian beliau… kalau dia bertanding di Kaherah mungkin menang,” tambahnya lagi. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

ep2p-2