TUJUH WANITA DICEKUP LAKUKAN ONAR

KUANTAN – Seramai tujuh wanita warga asing dipenjara lapan hari dan didenda seRM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam, atas kesalahan bermain judi.

Semua tertuduh yang berusia antara 22 hingga 49 itu mengaku bersalah di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Masing-masing berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh, Malida Hoy, Kesorn Nanthakhet, Nipat Wichai, Saowanid Ketkaew, Pakjira Srisupha, Phannee Chummongkhon dan Nuruemon Ratchakhom melakukan kesalahan itu di rumah nombor 31 Lorong Galing 24, kira-kira jam 10 malam pada 5 Februari lepas.

Bagaimana pun kesemua tertuduh meminta hukuman dikurangkan memandangkan mereka semua merupakan ibu tunggal dan datang ke Malaysia untuk berjumpa keluarga kecuali Saowanid Ketkaew yang bekerja sebagai pembantu rumah, dekat sini, dan dan Nuruemon Ratchakhom masih menuntut di universiti di Bangkok, Thailand.

Berdasarkan fakta kes, dalam serbuan diadakan polis turut merampas 52 keping daun terup, wang tunai pelbagai dominasi berjumlah RM160.00 dan sebiji bakul.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman penjara dari tarikh tangkap dan denda RM800 bagi setiap seorang dan jika gagal, akan dipenjara tiga minggu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendawa V.Muneswaran.

ep2p-2