Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow

Penyanyi rap ‘Apa Khabar’, Joe Flizzow menjelaskan, dirinya menghormati keputusan Malique yang sebelum ini pernah bersama-sama Too Phat memperjuangkan lagu berentak Hip Hop.

Gosip sebelum ini “Malique Dedah Tiada Akaun Di Media Sosial” menyaksikan Malique tampil menerusi akaun syarikatnya mengucapkan tahniah serta menafikan akan kembali bersama Too Phat seperti yang diinginkan ramai.

Akui Joe Flizzow, bukan mudah untuk menubuhkan kembali kumpulan itu kerana banyak pihak yang terlibat seperti DJ, penari dan pihak pengurusan. Oleh itu, komitmen dan tumpuan penuh harus diberikan bagi menaikkan kembali nama kumpulan itu yang boleh dikatakan menjadi kumpulan yang dirindui oleh para peminat muzik Hip Hop.

“Saya tidak boleh paksa Malique jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain.

Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.”

Too Phat Tidak Akan Terjadi - Joe Flizzow

Kumpulan Too Phat yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai

Hmmm nampaknya Too Phat benar-benar tidak akan ditubuhkan kembali laa. Tambah-tambah Joe Flizzow sendiri menerusi kenyataannya menguatkan lagi khabar angin menyatakan Too Phat tidak akan diwujudkan kembali.

“Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu.

Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.

Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.”

44 total views, 44 views today

ep2p-5small