Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Dalam Masa Terdekat!

Setelah mendirikan rumah tangga, Shah Indrawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Tomok bakal menimang cahaya mata keduanya dalam masa terdekat. TAHNIAH! Ekoran daripada itu, Tomok akui tidak menerima tawaran persembahan di luar Kuala Lumpur bagi menemani isterinya, Rahayu Abbas.

Tomok yang ditemui BH Online semalam ketika berlangsungnya majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Isyarat Cinta berjudul Tak Harus Memiliki di restoran Rebung, Bangsar, menjelaskan pada saat ini dia perlu bersedia menghadapi apa saja kemungkinan dan sentiasa dekat dengan isteri.

Jantina bakal anak keduanya juga lelaki. Tak lama lagi anak sulung Tomok, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun akan mendapat adik.

Menarik artikel berkaitan:- “Video Terbaru Arrianshah Akid Anak Tomok“

“Saya khuatir isteri mungkin bersalin awal dari tarikh yang dijangka. Sebab itu saya hanya menerima tawaran kerja seni di sekitar ibu kota saja,” katanya.

Dari segi persiapan bagi menyambut kelahiran anak kedua Tomok pula, Tomok dan isterinya tidak terlalu beriya-iya malah lebih selesa mengamalkan konsep berjimat cermat.

“Kami hanya membeli barangan yang penting saja. Lagipun masih boleh menggunakan barang milik Arrian yang masih elok untuk dipakai,” katanya.

Bercakap mengenai lagu Tak Harus Memiliki ciptaan sepenuhnya Fazz Alberto atau GG (Sixth Sense), ia bukan percubaan pertamanya menyanyikan lagu tema atau runut bunyi sesebuah filem. Sebelum ini Tomok sudah dua kali menyanyikan lagu tema filem.

Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Dalam Masa Terdekat!

“Ia promosi cukup baik untuk menarik minat penonton, tambahan pula jika ia turut hadir dengan klip video,” katanya.

Filem Isyarat Cinta yang berada dibawah arahan Bade Azmi ini akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac depan. Namun pada 4 Mac ini, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Harga tiket ekslusif bagi menyaksikan tayangan amal perdana itu ialah serendah RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang menimpa di pantai Timur baru-baru ini.

Selain itu, filem Isyarat Cinta itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

44 total views, 44 views today

ep2p-5small