Tiga lelaki, dua remaja didakwa 
culik kanak-kanak lima tahun

Anggota polis mengiringi tiga daripada lima suspek kes culik seorang KLANG 13 Feb. – Dua remaja bawah umur adalah antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung seorang kanak-kanak berumur lima tahun bagi mendapatkan wang tebusan hampir RM840,000 di Taman Maznah, Klang, bulan lalu.

Tertuduh-tertuduh terdiri daripada Mohammad Norhafizie Abdullah, 19; Mohammad Faiderus Suhaini, 32; Nashamizie Shahidan, 20, dan dua remaja masing-masing berumur 17 tahun yang ditemani oleh ibu bapa mereka.

Mereka mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad. Tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama dua remaja berkenaan telah melarikan dan mengurung secara salah kanak-kanak tersebut bagi mencapai niat mereka mendapatkan wang tebusan sebanyak AS$100,000 (RM358,334); AUD100,000 (RM278,454) dan RM200,000.

Mohammad Norhafizie Abdullah tidak bekerja; Mohammad Faiderus Suhaini bekerja sebagai pemasang gas asli untuk kenderaan (NGV); Nashamizie Shahidan, jurujual; dan dua remaja terbabit didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Samarinda 30A, Taman Maznah, Klang kira-kira pukul 1.52 pagi, 22 Januari lalu.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>

SAKSI, Aafzal Rahman, 59, menunjukkan apartmen di Batu 3, Port Dickson yang disewa dan digunakan kumpulan penculik untuk mengurung kanak-kanak berusia 5 tahun itu selama seminggu.

Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Tiada jaminan dikenakan terhadap kesemua tertuduh sementara me­nunggu sebutan kes pada 27 Mac ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin manakala Mohammad Norhafizie dan dua remaja itu diwakili peguam Nur Aida Md. Zainuddin.
Peguam Shah Rizal Abdul Manan pula mewakili Nashamizie sementara Mohammad Faiderus tidak diwakili peguam.

Selepas 10 hari diculik serta dikurung sekumpulan enam penjenayah dan dipercayai diberi dadah agar sentiasa dalam keadaan khayal, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berjaya diselamatkan sepasukan polis.

Mengenai kes penculikan itu, pihak polis menerima laporan daripada jiran mangsa kira-kira pukul 2.10 pagi pada 22 Januari lalu yang memberitahu mangsa telah dilarikan oleh dua lelaki yang sebelum itu memecah masuk rumah mangsa di Taman Maznah.

Ketika kejadian katanya, mangsa sedang tidur bersama ibu serta seorang adiknya yang berusia tiga tahun di dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun ujarnya, tujuh hari selepas kejadian, keluarga mangsa telah dihubungi salah seorang suspek yang menggunakan telefon bimbit yang dicuri daripada ibu mangsa.

Keluarga mangsa ada terima satu SMS (sistem pesanan ringkas) melalui telefon bimbit ibu mangsa yang turut dicuri ketika penculikan itu dan meminta keluarga berkenaan menyerahkan wang tebusan sebanyak AS$100,000, A$100,000 dan RM200,000.

ep2p-5small