Tiada Cinta, shima Dan Arja Lee Sekadar Kawan

Bercakap mengenai hubungan cinta Arja Lee dengan wanita yang bernama Shima Anuar yang juga merupakan seorang pelakon mesti ramai nak tahu bukan? Sebelum ini, aktor Arja Lee pernah mengumumkan kepada khayalak bahawa dia pernah menyulam cinta dengan pelakon di bawah naungan MIG Talent, Shima Anuar sebelum mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada akhir tahun lalu.

Bagaimanapun ketika berpeluang menemuramah Shima, dia telah mendedahkan status hubungannya dengan Arja Lee hanyalah sekadar kawan pada ketika itu.

Kata Shima, sepanjang perkenalannya dengan hero drama Misiku Kuza itu tidak pernah wujud bibit-bibit cinta antara mereka.

Sebaliknya, aktres kelahiran Rawang, Selangor itu mengakui bahawa Arja merupakan rakan baiknya dalam industri seni tanah air. Ha apa macam semua? persoalan korang dah pun terjawab kan.

“Sebenarnya, saya tidak suka memperbesarkan isu ini ketika ia mula tersebar. Bagi saya, lebih baik mengambil langkah berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Lagipun, saya tidak suka berkongsi hal peribadi dengan orang ramai.

“Sebagai wanita, saya juga harus menjaga setiap butir bicara kerana bimbang disalah tafsir. Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan pada masa itu,” ujar Shima sambil memberitahu, hatinya masih belum dimiliki.

Sementara itu, ketika diajak bercerita mengenai perjalanan karier lakonannya dalam industri seni, kata Shima, dia masih menganggap dirinya seperti bakat baharu jika hendak dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang sudah lama berada dalam industri lakonan tanah air.

Biarpun pada mulanya impak lakonan Shima kelihatan kurang menyerlah, namun sejak membintangi filem Adnan Sempit 3 pada tahun 2013, dia semakin mencapai puncak populariti dan menjadi sebutan di bibir peminat hiburan tempatan.

Tiada Cinta, shima Dan Arja Lee Sekadar Kawan

“Alhamdulillah, sudah empat tahun saya berkecimpung dalam industri seni tanah air. Saya sangat bersyukur kerana khalayak sudah semakin mengenali dan melihat bakat yang dimiliki.

“Biarpun nama saya lambat naik (popular), tetapi tidak pernah terkilan atau berputus asa. Saya menganggap, segala kejayaan dimiliki ini adalah rezeki yang dianugerahkan Tuhan,” katanya sambil memberitahu, kontraknya menjadi artis naungan MIG Talent akan tamat pada tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai kontraknya itu, kata Shima, dia masih belum membuat keputusan rasmi untuk meninggalkan syarikat pengurusan tersebut.

“Pada bulan Oktober depan, kontrak saya bersama MIG Talent akan tamat. Bagaimanapun, saya masih belum memutuskan sama ada mahu menyambung kontrak atau tidak.

“Lagipun, saya belum berbincang dengan pihak MIG mengenai perkara ini,” jelas Shima yang kini membintangi drama Selipar Jepun Stiletto Merah di saluran Hypp Sensasi (saluran 116).

Bercerita mengenai drama arahan Hashim Rejab itu, kata Shima, ia merupakan naskhah yang banyak mencabar emosinya ketika menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod itu.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mengekalkan momentum lakonan supaya konsentrasi terhadap watak yang dipegang konsisten.

“Saya memegang watak sebagai Stila yang merupakan seorang wanita psiko. Bagaimanapun, karakter Stila berubah setelah mengenali seorang jejaka bernama Leto (lakonan Ryzal Jaafar). Bermula daripada situ, dia semakin menjadi wanita yang lemah-lembut dan manja,” kongsinya.

Drama 30 episod itu turut menampilkan pelakon popular Ryzal Jaafar, Adeline Tsen, Zalif Sidek dan Emma Akma.

6 total views, 6 views today

ep2p-5small