TERKINI:CUACA MENDUNG IRINGI PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM NIK AZIZ

Keadaan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesak dengan orang ramai yang mahu melihat jenazah Nik Aziz dikebumikan.

Berlaku tolak menolak antara orang ramai berdekatan khemah tempat Nik Aziz akan dikebumikan.Selain orang ramai, tolak menolak antara orang ramai, media dan unit amal juga berlaku di bawah khemah di tempat Nik Aziz dikebumikan. Turut kelihatan berada di kawasan pengebumian ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir

Keadaan cuaca kini semakin mendung dan kedatangan orang ramai masih lagi berterusan sehingga mengakibatkan kesesakan yang teruk dan perlu berjalan sehingga 2 kilometer.

ep2p-5small