Tegar tak pernah tahu jumlah bayaran konsert..

Susulan dakwaan Tegar telah ditipu oleh bekas pengurusnya, Muhammad Arif Dollah sehingga terpaksa kembali mengemis semula, macam-macam spekulasi telah timbul.. Mulanya Arif telah muncul di rancangan Melodi maklumkan dia tak pernah buat pada Tegar seperti yang didakwa..

Lepas tu muncul pula individu baru yang merupakan seorang artis dari Singapura memberitahu dia pun antara mangsa yang ditipu bekas pengurus tegar tu.. Dari duk dengar cakap orang lain baik kita dengar kenyataan dari tuan empunya badan sendiri, Tegar tentang isu ini..

Menurut Tegar, Arif memang tak pernah maklumkan padanya tentang bayaran yang akan diterima lepas persembahan..

“Bukan mahu mengatakan saya tidak mendapat duit selepas persembahan, tetapi jumlah yang diberikan hanyalah sedikit. Adalah saya merasa duit persembahan saya. “Dia (Arif) memang menanggung makan minum saya di mana sahaja saya mengadakan persembahan tetapi semua itu duit milik saya,” kata Tegar..

Apa yang Miss A lihat disini dah banyak sangat bukti yang menjurus pada Arif.., bukan nak menuduh.. Tapi dah ramai yang menjadi mangsa Arif.. Kalau sekarang kita tak ambil tindakan, lepas ni tak tahu la siapa pulak akan menjadi mangsa dia.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2