Teater Sekuntum Mawar Merah,26 Februari – 5 Mac 2015

Teater Sekuntum Mawar Merah,26 Februari – 5 Mac 2015

Teater Sekuntum Mawar Merah akan dipentaskan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) pada 26 Februari hingga 5 Mac ini.

Teater Sekuntum Mawar Merah menceritakan tentang seorang wanita cantik yang mempunyai konfliknya tersendiri hingga melibatkan dendam dan pembunuhan.

Pementasan akan berlangsung pada pukul 8.30 malam pada 26 Februari hingga 5 Mac.

Pada 28 Februari dan 1 Mac pula akan dipentaskan pada pukul 3 petang dan 8.30 malam.

Tiket berharga RM55 dan maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Facebook dan Twitter Revolution Stage.

https://www.facebook.com/pages/Revolution-Stage/137623286282388

Teater Sekuntum Mawar Merah yang dihasilkan oleh Revolution Stage (RS) menetapkan had PG13 untuk tontonan kerana unsur-unsur bunuh dan dendam di dalam teater itu.

Pengarah merangkap penulis skrip teater itu, Khairunazwan Rodzi berkata, unsur-unsur eksperimental dalam bentuk visual dan muzik menjadi wajah kepada pementasan.

“Unsur-unsur itu ada melibatkan pembunuhan dan dendam. Jadi sedikit sebanyak visual pembunuhan itu ada dan kami hadkan untuk tontonan,” jelasnya.

Namun, baginya, sekatan itu dirasakan tidak menghalang karya itu daripada mendapat sambutan daripada khalayak ramai.

“Pengikut RS rata-ratanya berumur 20 tahun ke atas jadi saya rasa tidak ada masalah jika kita letak had bagi teater kami,” jelasnya.

“Mawar merah itu kita ambil sebagai metafora kepada seorang gadis cantik dan duri pada bunga itu adalah konflik yang seterusnya mengembangkan penceritaan ini,” jelasnya.

Tambahnya, elemen muzik dan vokal menjadi penekanan dalam teater ini untuk menonjolkan lagi elemen gelapnya.

“Ada yang menganggap unsur muzik dan vokal dalam sesebuah teater membentuk sebuah teater muzikal. Namun, teater ini adalah teater biasa yang hanya mengangkat elemen muzik sahaja,” jelasnya.

Berlatar belakangkan era 1980-an, menurut pengarah teater SudirMania ini, dia diwujudkan sebagai logik kepada penceritaan.

“Era itu diambil kerana ketika itu bukanlah zaman teknologi dan ada era itu ada logiknya dengan penceritaan.

“Penekanan akan diberikan kepada latar belakang dan kostum yang akan dipakai pelakon,” jelasnya.
Menariknya, teater ini turut menggandingkan dua nama besar dalam dunia teater iaitu Remy Ishak dan juga Nadia Aqilah.

ep2p-2