Teater Sekuntum Mawar Merah lakonan Remy Ishak bermula 26 Februari

Teater Sekuntum Mawar Merah


Revolution Stage sebuah produksi yang aktif dalam menerbitkan teater yang unik serta lain daripada yang sedia ada. Tidak perlu tempat yang gah tetapi cukup dengan naskah yang bagus, mereka boleh menerbitkan teater sebaiknya seperti teater-teater yang lain. Tahun ini mereka bermula dengan teater Sekuntum Mawar Merah (SMM) yang bakal dipentaskan Theatre DPAC, Damansara bermula 26 Februari sehingga 5 Mac 2015.

Lebih menarik lagi teraju utama untuk teater ini ialah Remy Ishak dan juga Nadia Aqilah. Ini adalah pertama kali Remy dan Nadia bekerjasama dalam sebuah teater. Menurut Khairunazwan, selaku pengarah dan penulis skrip berkata “Saya sudah lama memasang niat untuk berkerja bersama kedua pelakon ini kerana keupayaan mereka menjayakan watak-watak yang dibawakan dengan berkesan.

Selain dari itu skrip ini merupakan antara skrip yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata. Kali ini, saya akan banyak menggunakan ekesperimental dalam bentuk visual-visual dan elemen-elemen muzik yang akan menjadi wajah kepada pementasan. Oleh sebab itu, saya meletakkan PG13 sebagai klasifikasi pementasan ini”.

Bertemakan kisah cinta, dendam dan impian, teater ini dijangka menarik minat penggemar teater. Bukan sahaja kerana tikat yang berharga RM55 tetapi kolaborasi antara Remy dan Nadia dianggap sangat menarik. Terkini mereka giat membuat latihan bagi memantapkan lagi lakonan mereka. Secara keseluruhannya 70% persiapan telah pun dibuat.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan dan pembelian tiket, sila hubungi Anis di talian 0166183111 atau Adam 0172241814.

ep2p-2