Tasha Shilla Salah Seorang Escort Girl Diburu Polis?

Tasha Shilla Salah Seorang Gadis Peneman Atau Escort Girl Diburu Polis | Alamak! sudah terkantoi ke siapa yang terlibat dalam aktiviti sebagai gadis peneman atau ‘escort girl’ kepada VVIP tempatan?.  Artis yang terlibat menerima bayaran antara RM3,000 hingga RM10,000 untuk satu malam sebagai gadis peneman. Rasanya ianya masih dalam siasatan polis, mustahil Tasha Shilla antara salah satu dari artis yang terlibat. Tetapi kenapa pula tiba-tiba namanya disebut? Humm segalanya diserahkan kepada pihak polis.

Sebelum ini muncul ‘Zed Zaidi Akui Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP‘, maknanya pihak SENIMAN sudah tahu tentang kewujudan aktiviti yang tidak bermoral ini dan sanggup bekerjasama dengan pihak polis demi membersihkan industri hiburan daripada gejala yang boleh merosakkan imejselebriti yang lain.

Dalam ramai-ramai selebriti cantik yang ada di Malaysia ni, tiba-tiba nama Tasha Shilla jadi panas. Zassss kesian pula dengan Tasha Shila, kalau betul dirinya terlibat tunjukkan bukti. Senang cerita!

Semuanya gara-gara ada pihak yang menuduh dia merupakan salah seorang selebriti yang diburu polis.

Tasha Shilla

Tasha Shilla Salah Seorang Artis Diburu Polis?

Melalui laporan Melodi, Tasha mengakui dia sendiri terkejut dengan berita ini namun enggan memberikan sebarang komen kerana takut disalah erti.

Agak terkejut, Tasha pun baru tahu daripada awak (wartawan melodi). Benda ni terlalu sensitif. Tasha tak nak komen apa-apa dan akan serahkan pada peguam.

Sekarang ni Tasha sangat berhati-hati, bila tersalah kata, ia akan berbalik kepada kita. Kalau betul dakwaan itu mengatakan Tasha termasuk dalam 10 escort girl, baru kita cerita.

Tasha perlukan bukti yang mengatakan Tasha terlibat dalam benda ni semua.

Menarik :- Tasha Shilla Sedih Dilabel Gadis Liar & Kontroversi Antara Tasha Shilla dan Sara Ali Punca Drama MJATS Mendapat Sambutan

Tasha Shilla Salah Seorang Escort Girl Diburu Polis2

Walaupun dilanda kontroversi tuduhan tersebut, hubungan cintanya bersama Han masih utuh seperti dulu walaupun pelbagai tohaman yang dia terpaksa hadapi. Nasib baik mempunyai kekasih yang sangat memahami. Opss!

Kalau tak ada angin pokok takkan bergoyang, zaman sekarang ni manusia sendiri goyangkan pokok untuk buat pokok bergoyang. Jawapannya, sendiri mahu ingat.

Relationship kami takkan tergugat dengan benda macam ni. Every 24/7 dia dengan Tasha, orang pun sampai kadang-kadang meluat tengok kitorang macam belangkas.

Tasha cari rezeki halal, doakan yang terbaik untuk Tasha.

Apa pun penulis doakan siasatan polis segera dipercepatkan, sediakan bukti sekiranya nama Tasha Shilla terlibat. Lagipun perkara ini boleh mencemarkan nama Tasha Shilla sekiranya semua itu hanya lah tuduhan semata-mata. Bertabah lah Tasha Shilla, semuanya akan terbukti suatu hari nanti. Eh!

44 total views, 44 views today

ep2p-5small