Tamatkan semua spekulasi – Hamidin

KUALA LUMPUR – Biarpun Razip Ismail berjaya membawa skuad Ba­wah 22 tahun negara meraih kejuaraan Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh Ahad lalu, pendirian Persatuan Bola Sepak Sepak Malaysia (FAM) nyata belum berubah apabila menegaskan, Datuk Ong Kim Swee tetap individu yang layak membawa cabaran negara pada Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

Kenyataan itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung­nya, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, FAM tidak pernah merancang melakukan pertukaran jawatan dalam masa terdekat dan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan kepada setiap jurulatih masih kekal.

Katanya lagi, FAM tidak mahu mengganggu keharmonian dan perancangan yang telah direncanakan oleh Razip serta Kim Swee bagi menghadapi dua kejohanan yang menjadi misi penting skuad kebangsaan tahun ini.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Tidak timbul isu Razip akan mengambil alih tugas Kim Swee kerana keputusan mesyuarat Exco sebelum ini kekal. Mereka perlu mencapai Indeks Petunjuk Prestasi yang ditetapkan.

“Jadi, KPI Razip masih sama iaitu menumpukan kepada kelayakan Piala AFC B-23 di Kuala Lumpur, Mac ini dan memberi cabaran dalam Liga Singapura. Kim Swee pula diberi tugasan memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura, Jun depan.

“Saya mewakili suara FAM ingin menegaskan, tidak akan berlaku sebarang pertukaran tugas antara mana-mana jurulatih dalam masa terdekat ini dan semua pegawai FAM telah dimaklumkan mengenai sasaran serta perancangan sepanjang tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Desas-desus Razip berminat mahu menggantikan tempat Kim Swee pada Sukan SEA bukan lagi rahsia, apatah lagi jika dia mampu memenuhi KPI utama yang ditetapkan iaitu melepasi kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun.

Walaupun begitu, bekas pemain dan jurulatih Kuala Lumpur itu menyerahkan kepada pihak pengurusan FAM untuk membuat keputusan kerana dia mahu memberi tumpuan kepada tugasan kelayakan AFC B-23 dan saingan Liga Singapura.

Sementara itu, pengurus Harimau Muda B yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, beliau berharap spekulasi mengenai Razip mahu menggantikan Kim Swee ditamatkan segera kerana masing-masing mempunyai fokus tersendiri bersama pasukan.

“Saya rasa isu ini tidak patut ditimbulkan lagi kerana mereka berdua sudah jelas tentang apa yang perlu dilakukan. Saya tidak mahu salah seorang daripada jurulatih ini lari fokus.

“Kedua-dua pasukan amat memerlukan satu sama lain kerana skuad Sukan SEA dijangka menggunakan 60 hingga 70 peratus pemain daripada skuad Bawah 22 tahun yang akan beraksi dalam kelayakan Piala AFC B-23, jadi mereka berdua kena bekerjasama.

“Kita kena ingat objektif sebenar penubuhan Harimau Muda iaitu memberi pendedahan kepada pemain muda. Pusingan kelayakan AFC B-23 serta Liga Singapura adalah medan terbaik buat pemain yang akan berjuang pada Sukan SEA,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tamatkan-semua-spekulasi-8211-hamidin-1.58596#sthash.2YwQzvEu.dpuf

ep2p-5small