Tahniah! Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat

Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat | Tahniah kepada penyanyi popular, Ning Baizura telah diberikan pengiktirafan Country Branding Awards oleh The BrandLaureate dalam satu majlis yang cukup meriah diadakan malam tadi. Cukup bergaya dan meletop Ning Baizura di malam tersebut.

Menurut Ning Baizura, kejayaannya itu bukanlah kejayaannya seorang malahan atas kerja keras syarikatnya Happenings Malaysia Sdn Bhd selama ini. Ning Baizura yang cukup popular dengan lagu Awan Yang Terpilu melahirkan rasa syukur apabila pembabitannya sebagai seorang anak seni telah diiktiraf oleh kelompok dalam bidang korporat.

“Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan anugerah ini yang dikhususkan atas kerja keras dan pencapaian saya di dalam negara dan di luar negara.

“Bukan kejayaan saya seorang, jadi ini bermakna, syarikat saya perlu lebih bekerja keras pada masa akan datang untuk membuktikan pengiktirafan ini tidak sia-sia,”

Untuk makluman, BrandLaureate Awards telah diperkenalkan oleh The BrandLaureate sempena Asia Pacific Brands Foundation bagi mengiktiraf pencapaian bertaraf dunia sama ada untuk orang perseorangan atau syarikat korporat.

Menerusi syarikatnya Happenings (M) Sdn Bhd, Ning Baizura telah berjaya menganjurkan beberapa program berteraskan hiburan dan korporat antaranya KL Garden Fest Dan KL Kids Fest.

Ning Baizura sempat berkongsi kegembiraan tersebut di laman sosial instagram miliknya @ningdalton. Tahniah sekali lagi untuk Ning Baizura, rindu pula ingin mendengar Ning Baizura menyanyi. Eh!

26 total views, 26 views today

ep2p-2