Tahniah Guan Eng!!! Longkang di P.Pinang diiktiraf “tercantik” di dunia..

Pelancong yang datang ke Pulau Pinang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke ‘art street’, di mana sepanjang jalan tersebut terdapat deretan dinding yang mempamerkan pelbagai lukisan mural yang membolehkan pelancong bergambar untuk dijadikan kenangan ketika melancong di negeri ini.

Seorang pelancong yang telah berkunjung ke tempat tersebut telah berkongsikan gambar kenangannya ketika melancong di negeri itu dan meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia amat terkejut apabila berkunjung ke tempat tersebut.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka lukisan mural yang terdapat disitu cantik-cantik sekali dan menyangka kawasan tersebut juga akan dijaga tahap kebersihannya setarap mural ini, tetapi tahap kebersihan di negeri ini amat menjijikkan.

Longkang di sepanjang jalan ini dilihat penuh dengan sampah sarap dan berbau dan tidak menyenangkan pelancong yang berkunjung ke tempat tersebut untuk bergambar. Tambahnya, perkara ini amat memalukan kerana indah khabar dari rupa.

“Bukan saya saja, ramai lagi pelancong luar dan dalam negara yang saya lihat terkejut apabila melintas longkang yang menghala ke mural itu. Longkang tersebut juga berbau busuk. Pada saya ini agak memalukan, mural saja cantik tetapi tahap kebersihan di tapak warisan ini amat teruk sekali,” katanya.

Pasti Guan Eng malu besar apabila berita ini dikeluarkan kerana beliau gagal mengekalkan kempen ‘Penang Hijau Bersih’ yang dilancarkan pada Mei 2010 untuk memulih dan mengekal persekitaran hijau di negeri ini.

Mengapa perkara begini boleh berlaku berlaku? Sedangkan kempen ini sudah dijalankan 5 tahun yang lalu. Mungkin Guan Eng memerlukan khidmat pakar cuci longkang yang kini sibuk mentadbir negeri Selangor.

Guan Eng diharap segera menyelesaikan perkara ini kerana perkara ini akan menjejaskan imej negara dan sekaligus masalah nyamuk dapat dibendung. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small