Syaiful (Zero) Tunggu Duit Untuk Berkahwin, Bukan Putus Tunang

Syaiful (Zero) Tunggu Duit Untuk Berkahwin, Bukan Putus Tunang

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

Syaiful (Zero) Tunggu Duit Untuk Berkahwin, Bukan Lupa Diri Kerna Popular

Syaiful Zero yang menangguhkan perkahwinan setelah menang juara di program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) mengundang kritikan orang ramai hingga ada mengandaikan pelawak itu sekarang dah lupa diri selepas popular.

Syaiful Zero mengakui yang dia menangguhkan perkahwinan namun ia adalah kerana mereka sedang menunggu wang kemenangan untuk sampai ke tangan sebelum melakukan persiapan untuk berkahwin.

“Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang”

Kumpulan Zero

“Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga,” ujarnya.

Syaiful Zero juga menyatakan yang beliau kini mula belajar untuk menerima apa jua yang orang katakan tentang dirinya kerana sudah terlibat dalam dunia hiburan selain kini mula sibuk kembali bekerja selepas bercuti di kampung halaman. ~ Kosmo

Tulis Komen

ep2p-5small