Suspek Kelar Gadis Cantik UITM Nursyuhada Ditahan Reman

Advertisement

Makin menjadi-jadi isu kelar-mengelar sekarang ni. Macam main sembelih ayam pulak, ishh ishh ishh..! Tanpa perikemanusiaan! Itulah yang boleh digambarkan. Akibat terlalu mengikut perasaan dan dikuasai amarah manusia kini seolah-olah tidak dapat membezakan hukum-hakam agama. Semalam Malaysia baru sahaja digemparkan dengan isu “Gadis Cantik UITM, Nursyuhada Mangsa Kelar Kerana Cinta“. Haishh! ase takut pulak nak bercintan cintun nih hihii..

Suspek utama kes pembunuhan ini merupakan teman lelaki mangsa sendiri yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka. Dia dikatakan mempunyai masalah mental. Ekoran daripada kes pembunuhan ini, suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi bagi bagi proses tahanan reman. Sementara itu, Majistret Rosnee mohd Radzuan yang hadir ke ba;ai polis berkenaan, dia membenarkan suspek ditahan reman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori. Pemuda yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka itu, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Advertisement

Mengikut sumber BHarian Online :-

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa Norsyuhada Johari, 19, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.

Apa yang boleh Ida Melly zahirkan disini, Ida Melly turut merasa sedih di atas kejadian yang menimpa Nursyuhada dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa. Nursyuhada merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan bertudung ayu. Sejuk mata memandang termasuk Ida Melly sendiri. Ikuti Pendedahan sebenar sikap Nursyuhada melalui “Pendedahan Sikap Sebenar Nursyuhada Mangsa Kelar“.

965 total views, 965 views today

ep2p-5small