Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014/15

8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan mereka ke pusingan keenam atau peringkat suku akhir Piala FA Inggeris 2014/15. Pasukan juara bertahan musim lalu Arsenal bersama-sama dengan pasukan Manchester United, Liverpool, Aston Villa, West Bromwich Albion, Blackburn Rovers, Reading dan Bradford City adalah 8 pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir. Pasukan Arsenal, Manchester United dan Liverpool adalah antara pasukan pilihan saingan suku akhir. Namun begitu saingan 5 pasukan lain tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku.

Dalam undian suku akhir Piala FA 2014/15, Arsenal dijadualkan bertemu dengan Manchester United di Old Trafford manakala Liverpool bertemu Blackburn Rovers di Anfield, Aston Villa bertemu WBA di Villa Park manakala pasukan penuh kejutan musim ini, Bradford City melayan kunjungan Reading di Valley Parade. 4 pasukan yang berjaya akan melangkah ke separuh akhir. Suku Akhir Piala FA 2014/15 dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2015 akan datang.

Liverpool lwn Blackburn Rovers

Bradford City lwn Reading

Manchester United lwn Arsenal

Aston Villa lwn West Bromwich Albion   

ep2p-2