Suami Artis buat kejutan di Turki..

So sweet! Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan kebahagian pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ni.. Miss A memang suka melihat perkembangan anak pasangan ini iaitu Lara Alana menerusi laman Instagram yang dibuat khas untuknya..

Baru-baru ni Awal dan Lara telah pergi ke Istanbul, Turki untuk membuat sedikit kejutan pada Scha yang berada di sana untuk penggambaran sebuah program.. Pastinya kejutan yang dibuat anak dan ayah ni amat menggembirakan hati Scha..

Scha pun sepanjang duk kan Istanbul dah banyak kali muatnaik gambar suami dan anaknya di laman Instgram maklumkan yang dia sangat rindukan mereka.. Tup-tup suami dengan anak datang depan pintu..

Mahunya tak tergamam Scha melihatnya, gembira betul Miss A tengok reaksi Scha bila melihat dua insan kesayangan dah terpasak depan pintu.. Over load cute tu bila Lara ni tampil dengan ‘bear suit’.. Alahai, memang buat hati semua gembira sangat.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2