Spotify Mengemaskini Perisian Desktop Dengan Integrasi Memperlihatkan Lirik Lagu

Spotify popular dikalangan para pengguna sebagai penstrim muzik yang popular. Ia menawarkan perkhidmatan secara percuma, selain turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan untuk para pengguna berbayar.

Spotify MusixMatch

Terkini, mereka telah memperkenalkan kemaskini baru untuk perisian desktop Spotify, yang mana membawakan integrasi lirik daripada Musixmatch. Dengan integrasi ini, pengguna hanya perlu klik pada butang lirik, dan ia akan memaparkan lirik untuk sesuatu lagu yang anda dengar, selain turut memblehkan anda membuat carian lirik lagu menggunakannya.