Siti Nurhaliza hadapi risiko di culik sindiket jenayah..

Baru-baru ini, artikel Datuk Siti Nurhaliza di tempat ketiga dalam senarai wanita terkaya Malaysia telah menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia.. Ramai yang melahirkan rasa kagum dan bangga dengan pencapaian dirinya..

Tapi Siti telah tampil menepis dakwaan dia bukanlah wanita ketiga terkaya di Malaysia.., dalam korang duk gembira dengan berita ni.., sebenarnya bila dah ada orang dedahkan perkara ini.., ia boleh membahayakann keselamatan diri Siti tau..

Menurut maklumat yang Miss A terima dari penganalisis jenayah, S, Jeevan.. Siti boleh berdepan ancaman penculikan oleh sendiket-sendiket tertentu.. Haa.. Miss A sendiri pun agak terkejut bila dapat tahu maklumat ni..

Tak sangka dengan pendedahan aset yang dimiliki oleh Siti, ada pulak pihak yang ingin lakukan jenayah pada dirinya..

“Berdasarkan keadaan ekonomi negara malah dunia yang tidak begitu stabil, maka informasi mengenai siapa kaya dan siapa berharta boleh membuatkan mereka yang sudah lama menunggu peluang ini mengambil tindakan di luar jangkaan.

“Oleh sebab itu, apabila keluarnya laporan mengatakan Siti Nurhaliza merupakan wanita ketiga terkaya, maka dia tidak boleh memandang remeh atau ambil mudah akan hal ini sebaliknya perlu ada inisiatif untuk meningkatkan keselamatan diri serta keluarga,” katanya..

Hmm.. bila jadi macam ni jadi takut pulak Miss A, ingatkan dengan dedahkan aset kekayaan Siti, ramai orang akan jadikan beliau sebagai idola untuk menjadi kaya sepertinya, tapi dia pulak dijadikan sasaran penculik.. Miss A harap Siti dapat meningkatkan keselamatan dirinya untuk mengelak berlaku perkara tak diingini.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2