Siapa berbohong?? Azad Jasmin atau Rania Marketing??

Susulan kes dimana pelakon Azad Jasmin dan isterinya, Eira Syazira memaklumkan hampir 1000 orang dibawahnya tak mendapat pulangan yang setimpal seperti yang dijanjikan Rania Marketing.. Kini syarikat MLM tu telah tampil untuk menjelaskan segalanya..

Mohd Hisham duta Rania Marketing mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tak pernah menuduh bahawa Ezad menggelapkan duit pelabur.. Itu semua hanya salah faham je..

“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yg dinyatakan.”

“Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir 200k semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang.” katanya

Pihak Rania Marketing jugak minta pasangan ni hadir ke pejabat bersama 1000 individu yang didakwa tak dapat bayaran.. Mungkin Rania Marketing nak selesaikan dengan cara baik.. Mereka jugak dah berikan tempoh 14 hari untuk pasangan ni membetulkan balik keadaan..

Hmm.. kalau dah menyertai perniagaan berunsur MLM ni memang banyak masalah akan timbul.. Awal-awal je dapat pulangan tinggi, lepas tu lingkup.. Syarikat MLM ni nampak banyak keburukan dari kebaikan.. 

Miss A harap nasib 1000 tu akan terbela.. Kalau dah boleh bincang cara baik, baik bincang cara baik.., tak payah la sampai nak naik turun mahkamah.. Miss A/UtaraNews.com