SHARNAAZ BIKIN PANAS,KINI KEMBALI RUJUK DENGAN AWEK?

Wow.. pasti ramai peminat Sharnaaz Ahmad yang merupakan pelakon ‘Suamiku Encik Sotong’ akan gembira bila mendengar berita yang Miss A akan sampaikan ni.. Korang semua nak tahu Miss A rasa artis kesayangan korang tu dah berbaik semula dengan awek dia.. Alah siapa lagi, tentulah Anis Al Idrus, takkan Shila Amzah pulak..

Sebelum ni kita mendapat perkhabaran mereka ni mungkin dah berpisah bila Sharnaaz asyik post ayat-ayat sedih je dalam laman Instagramnya macam orang baru lepas putus cinta.. Yang terbaru Miss A tengok dia dah tak post ayat sedih-sedih dah, nampak macam dah baik je..

Menerusi laman Instagramnya, Sharnaaz telah memuatnaik naik gambar seperti membantu kekasihnya tu mempromosikan iklan berkenaan pencarian model untuk jenama ‘Anis AlIdrus Wardrobe’

Korang rasa ni tandanya apa? Diorang ni dah berbaik-baik balik kot? Ke sekadar membantu atas dasar kawan? Alah biasalah pasangan bercinta gaduh-gaduh manja.., ni macam kes Emma dengan Zizan jugak lah..

Masing-masing pun belum bukak mulut maklumkan diorang dah berpisahkan.. So diorang mendiamkan diri sebab nak berbaik semula lah tu.., mungkin sekarang dah berbaik semula.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2