Shah Rukh Khan hisap 100 batang rokok sehari..

Tak sangka pelakon Bollywood idaman Miss A iaitu Shah Rukh Khan ni adalah seorang perokok tegar.. Miss A kalau dengar orang boleh hisap sekotak rokok sehari pun dah geleng kepala.. Ni kan pulak dengar pengakuan aktor kelahiran New Delhi ni mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari..

Ya! Memang 100 batang rokok sehari tau! Memang jumlah yang sangat banyak.. Tapi bagi Miss A tu bukanlah satu rekod yang perlu dibanggakan.. Namun Shah Rukh Khan memang ada juga usaha untuk berhenti merokok ni..

Walaupun tak dapat berhenti sepenuhnya, jumlah rokok yang dihisap setiap hari mula berkurang.. “Saya sukar untuk tidur dan mampu merokok sehingga 100 batang sehari. Dan tabiat merokok membuatkan saya lupa untuk makan,” ujar Shahrukh Khan kepada pihak media..

Menerusi laman Twitternya Shah Rukh Khan, dia ada memuatnaik gambar seperti mengadakan kempen berhenti merokoknya sendiri iaitu “We Don’t Talk To People Who Smoke”.. Miss A berharap sangat kempen yang dilakukan Shah Rukh Khan ni akan mendapat perhatian ramai terutamanya perokok-perokok tegar seperti dirinya.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2