Selfie dengan mayat kawan selepas membunuhnya

PENNSYLVANIA – AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang remaja lelaki memuatnaik gambar selfie bersama mayat rakan yang dibunuhnya mengundang padah apabila tindakannya itu berjaya dikesan polis.

Menurut pihak berkuasa, Maxwell Morton, 16,  dituduh menembak mati rakannya, Ryan Mangan, 16, di muka dan kemudian memuatnaik gambar selfie bersama mangsa ke sebuah aplikasi telefon, Snapchat dan kemudian memadam semula gambar tersebut beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, gambar tersebut berjaya disimpan oleh salah seorang pengguna aplikasi berkenaan dan terus memaklumkan kepada ibunya yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Polis  berkata, gambar tersebut menunjukkan mangsa duduk di kerusi dengan luka tembakan di muka.

“Seorang remaja kulit hitam sedang selfie dengan mukanya menghadap kamera dan mangsa di belakangnya,” katanya dipetik Washington Post.

Mayat Ryan ditemui oleh ibunya yang kemudian menghubungi pihak  polis.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Polis turut  menemui gambar Ryan memegang pistol setengah automatik di telefon beliau.

Maxwell mengaku bersalah membunuh Mangan selepas polis menemui pistol tersembunyi di rumahnya dan  akan didakwa  melakukan kes pembunuhan dan  memiliki senjata api haram.

Dalam pada itu, Peguam Daerah, John Peck berkata, ini adalah satu kejadian yang luar biasa sepanjang penglibatannya selama 30 tahun dalam kerjayanya dimana pembunuh berselfie bersama mangsa yang dibunuhnya.

“Saya tidak pernah lihat sebelum ini, tetapi itu adalah kunci utama bukti kes pembunuhan ini.”

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Media Sosial dan Psikologi, Pamela Rutledge berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penjenayah mempamerkan jenayah mereka .

“Ini adalah persoalan mengenai patologi jenayah bukannya teknologi ,”

“Pesalah memerlukan mengesahkan kuasa dan rasa kesombongan mereka menggunakan semua jenis komunikasi untuk  menunjukkan kehebatan mereka dalam melakukan aktiviti jenayah”, katanya.

ep2p-5small