Selfie dengan mayat bawa padah.

Tu la angkara otak terlebih sel-sel berhubung, kan dah kena akibat. Eeee,tindakan seorang remaja lelaki memuatnaik gambar selfie bersama mayat rakan yang dibunuhnya mengundang padah apabila tindakannya itu berjaya dikesan polis..

Sah-sah perbuatannya itu menyebaban orang sekeliling tuduh ‘dia’ la yang bunuh. Logik akal kot. Ye dak?

Haisk, macam-macam betul! Menurut pihak berkuasa, Maxwell Morton, 16,  dituduh menembak mati rakannya, Ryan Mangan, 16, di muka dan kemudian memuatnaik gambar selfie bersama mangsa ke sebuah aplikasi telefon, Snapchat dan kemudian memadam semula gambar tersebut beberapa minit kemudian.

Tudia,dah upload, padam plak. Tapi,malangnya gambar tersebut berjaya disimpan oleh salah seorang pengguna aplikasi berkenaan dan terus memaklumkan kepada ibunya yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Akhirnya, Maxwell mengaku bersalah. Terang-terang, so, memang takleh nak dinafikan lagi.  Kerana perasaan,nyawa melayang.. Fikir-fikirlah sebelum buat tindakan bodoh okay! Manusia zaman sekarang, cepat leka dan lalai..Ingat anak patung ke,sedap-sedap tembak ikut dan.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-5small