Selepas Felexia Yeap, seorang jelitawan pula masuk Islam.

Eva atau nama sebenarnya Elsey Anak Tikin, 29 tahun, merupakan gadis peranakan Kadazan dari wilayah Keningau dekat Sabah.

Eva sebelum ini merupakan model profesional sepenuh masa, dan kini mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi islamik selepas terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Eva masih belum berteman, tetapi tinggal di Puchong.

“Sebenarnya saya telah lama berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat, tetapi tidak ada yang membantu.

“Saya cuba mencari keluarga angkat, tetapi mungkin semasa itu belum berjumpa, kerana saya sendiri bimbang akan mendapat pendapat berbeza daripada keluarga kandung saya nanti.

Kawan-kawan memang ada yang tahu mengenai minat saya ini, tetapi, tidak berani untuk mengambil risiko.”

Itu, antara perkongsian Eva dengan myIKUT selepas selesai majlis pendaftaran dan syahadatain di MRM baru-baru ini.

“Saya hanya memberi respons yang rasional untuk beberapa masalah yang dibangkitkan Eva sahaja, sehingga beliau sendiri terbuka untuk memeluk Islam,” kata Azley Stanley lagi.

Kini, Eva akan mengikuti kelas pendidikan agama secara anjal di MRM, di bawah kendalian Firdaus Wong.

ep2p-2